Text
Sebaik-baik kamu yang Mempelajari Alqur'an dan Mengajarkannya
“Bintang adalah amanah untuk langit, apabila bintang telah pergi maka datang kepada langit apa yang telah dijanjikan kepadanya, aku adalah amanah untuk para sahabatku, apabila aku telah pergi datang kepada sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka, dan sahabatku adalah amanah untuk umatku, apabila sahabat-sahabat ku telah pergi datang kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)rnrnDi dalam hadith ini Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyebutkan bahawa bintang adalah amanah untuk langit, lalu menyebutkan dirinya dan para sahabatnya bagaikan bintang.rnrnDi dalam Al-Quran, bintang memiliki 3 fungsi; penunjuk jalan, penghias langit dan pelempar syaitan.rnrnMaka para sahabat nabi adalah penunjuk jalan bagi umat Islam, mereka adalah hiasan bagi umat Islam, dan pelempar syubhat syaitan yang merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam.rnrnPetikan dari buku Sebaik-Baik Kamu yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya oleh Ust. Abu Yahya Badrusalam. Pustaka Bashirah, 2009.
Tidak tersedia versi lain